Monday, 16 June 2014

Simple Pie Crust

Assalamualaikum dan selamat berbahagia anak- anak Malaysia. Kali ni saya akan kongsikan resepi tentang cara-cara nak buat pie crust yang simple. Sebelujm ni saya dah lama tengok citer katun, citer omputih, dok asyik makan pie je. Rasa nak buat, tapi ada satu benda yang menghalang, ketakutan. bukan apa, takut2 kalau buat tak menjadi, sebab tengok mat salleh buat buat macam banyak step je. Lagi satu, kalau nak buat pie ni kena ada kesabaran yang tinggi sebab ada masa menunggu sebelum kita boleh terus guna crust tu. 

Saya ada jugak tengok2 banyak resepi kat internet, tapi resepi ni saya ambik dari resepi Nigella Lawson dan saya buat banyak adjustment sebab nak buat as simple as possible. Kalau tengok resepi asal dia banyak gile bahan. Tapi saya dan kurangkan sebanyak yang boleh dan bila saya buat memang sentiasa menjadi. Resepi yang saya nak kongsi ni , saya tak tambah garam sebab marjerin dah masin and tak tambah gula, so that crust ni boleh diguna pakai untuk both sweet and savoury pies. Lagi satu, pie crust ni tak menyerap filling sangat, so, pie akan kekal rangup dan takkan jadi soggy atau lembap.

Bahan-bahan :
  1. 1/2 cawan marjerin ( sejukkan dan potong kecil2) (lihat gambar (i))
  2. 1 2/3 cawan tepung gandum
  3. 1/4 cawan air sejuk (ice cold water)

(i)

Cara- cara :

Guna Tangan:

1. Gaulkan tepung dengan marjerin sejuk menggunakan hujung jari sehingga adunan menjuadi seolah-olah pasir basah(kalau ada kepingan marjerin yg tak hancur skit2 takpe)
2. Masukkan air dan bentukkan kepada doh, tapi jangan terlampau beriya-iya, cukup sekadar membentu doh. Kalau diuli terlalu lama, marjerin akan cair dan kita takkan dapat pastry yang rapuh.
3. Kemudian ikut step ke 4 dibawah.

Menggunakan food processor: 

1. Masukkan tepung dan marjerin sejuk kedalam food processor.

2. Blend sampai teksturnya menjadi seolah- olah pasir basah

3. Kemudian blend lagi dan tambah semua air sejuk tadi. Blend sampai adunan menjadi doh.

4. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian yang anda nak. Saya bahgikan 2 sahaja sebab saya nak buat dua sahaja pie.

5. Sejukkan dalam fridge selama 30 minit (atau dalam freezer 10 minutes kalau nak cepat)
6. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius.
7. Canai doh setebal 1/8 inci

8. Pastikan doh dicanai besar sedikit dari saiz bekas pie. 

9. Kemudian, penuhkan bekas pie dengan doh yang dah dicanai tadi, trim yang mana lebih tu.

10. Pre-baked pie crust tu dulu selama 15 minutes dengan mengalaskan atas crust dengan kerajang timah atau baking paper kemudian penuhkan dengan pemberat (saya guna kacang soya yang memang dah berkali-kali saya guna khas untuk tujuan prebake pie crust ni. Boleh ganti dengan beras atau apa-apa kacang) ini untuk mengelakkan crust dari menggelembung. 

11. Bila keadaan pie crust tu dah macam gambar kat bawah, bolehlah letak filling kalau nak buat pie yang kena bakar semula dalam oven( contohnya apple pie)INI DINAMAKAN PRE BAKED PIE CRUST

12. Kalau nak gunakan untuk pie yg letak filling yang tak perlu masak (contoh nya , fruit tart), masukkan kembali pie crust tadi, tapi keluarkan pemberat dan alasnya, bakar lagi untuk another 30 minutes.
Then tunggu sejuk, bolehlah letak filling. 

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Crust atas until tutup tu same jekan dgan main crust die?