Pages

Showing posts with label Lemon. Show all posts

Tuesday, 17 June 2014

Lemon Meringue Pie (Pai Lemon Mirang)

Assalamualaikum dan selamat berbahagia semuanya. Sebelum ni, saya dah pernah buat entri pasal cara-cara nak buat basic pie crust. Dalam entri tu, saya cakap saya nak buat 2 jenis pie. Okay, salah satu dari pie yang saya nak buat adalah Lemon Meringue Pie ni. Pie ni rasa dia agak fresh sebab ada rasa lemon tu. 

Lemon Meringue Pie ni sebenarnya takdelah susah mana nak buat kalau kita dah sediakan lemon curd awal-awal, sebab lemon curd which is the main ingredient dalam pie ni memerlukan masa sebelum boleh terus dipakai. 

Seperti mana yang saya maklumkan, resepi untuk pastry saya dah buat sebelum ni, begitu juga dengan lemon curd,  jadi kalau nak tengok step by step punya instruction, klik sini (untuk resepi pie crust) dan sini (untuk resepi lemon curd). walau bagaimanapun saya akan senaraikan juga bahan-bahan dan instruction untuk entri kali ni. 

Pie Crust 
Bahan-bahan :
  • 1/2 cawan marjerin ( sejukkan dan potong kecil2)
  • 1 2/3 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan air sejuk (ice cold water)
  • Guna Tangan:

    1. Gaulkan tepung dengan marjerin sejuk menggunakan hujung jari sehingga adunan menjuadi seolah-olah pasir basah(kalau ada kepingan marjerin yg tak hancur skit2 takpe)
    2. Masukkan air dan bentukkan kepada doh, tapi jangan terlampau beriya-iya, cukup sekadar membentu doh. Kalau diuli terlalu lama, marjerin akan cair dan kita takkan dapat pastry yang rapuh.
    3. Kemudian ikut step ke 4 dibawah.

    Menggunakan food processor:

    1. Masukkan tepung dan marjerin sejuk kedalam food processor.
    2. Blend sampai teksturnya menjadi seolah- olah pasir basah
    3. Kemudian blend lagi dan tambah semua air sejuk tadi. Blend sampai adunan menjadi doh.
    4. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian yang anda nak. Saya bahgikan 2 sahaja sebab saya nak buat dua sahaja pie.
    5. Sejukkan dalam fridge selama 30 minit (atau dalam freezer 10 minutes kalau nak cepat)
    6. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius.
    7. Canai doh setebal 1/8 inci
    8. Pastikan doh dicanai besar sedikit dari saiz bekas pie.
    9. Kemudian, penuhkan bekas pie dengan doh yang dah dicanai tadi, trim yang mana lebih tu.
    10. Pre-baked pie crust tu dulu selama 15 minutes dengan mengalaskan atas crust dengan kerajang timah atau baking paper kemudian penuhkan dengan pemberat (saya guna kacang soya yang memang dah berkali-kali saya guna khas untuk tujuan prebake pie crust ni. Boleh ganti dengan beras atau apa-apa kacang) ini untuk mengelakkan crust dari menggelembung.
    11. Bila keadaan pie crust tu dah dikeluarkan, bolehlah letak filling kalau nak buat pie yang kena bakar semula dalam oven( contohnya apple pie).PERINGKAT  INI DINAMAKAN PRE BAKED PIE CRUST. 

    Lemon Curd 
    Bahan-bahan
    •  Parutan dari 3 biji kulit lemon (lemon zest)
    • 1 1/2 cawan gula kasar ( boleh kurangkan kepada 1 cawan kalau nak kurangkan manis)
    • 4 biji telur (gred b)
    • 6 sudu besar unsalted butter ( saya guna Anchor)
    • 1/2 cawan jus lemon (biasanya 3 biji lemon dapat lebih kurang 1/2 cawanlah jus dia)
    • 1/8 sudu kecil garam

    Cara-cara :
    1. Masukkan semua bahan dalam food processor atau blender.
    2. Kisar sampai benar2 hancur segala benda dalam tu.
    3. Tuangkan ke dalam sauce pan atau periuk, masakkan atas api perlahan.
    4. Sentiasa kacau campuran tadi selama 10 minit.
    5. Bila kita gariskan tangan pada spatula and ada garisan yang ditinggalkan, maknanya , lemon curd tu dah sedia.
    6. Kalau ada ketul2, tapis .
    7. Biarkan sejuk  ke suhu bilik dahulu sebelum masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Kalau peti ais elok, biasanya tahan sampai sebulan.

    Bahan untuk Meringue

    Meringue (Boleh digandakan jika suka meringue yang lebih tinggi)
    Bahan-bahan :
    • 1 biji telur putih
    • 1/2 sudu teh esen vanilla
    • 1/4 cawan gula kaster
    Cara-cara :

    1. Pukul putih telur dengan mixer pada kelajuan sederhana sehingga berbuih,
    2. Masukkan gula kaster sedikit demi sidikit dengan penuh kasih sayang ke dalam putih telur sambil mixer berjalan.
    3. Teruskan memutar sampai putih telur benar-benar kembang dan pejal(rajah 1).
    4. Masukkan esen Vanilla.

    rajah 1

    Lemon Meringue Pie
    Bahan-bahan :
    • 1 Pre-baked pie crust
    • 1/2 cawan Lemon Curd
    •  Meringue dari resepi di atas.

    Cara-cara :
    1. Tuangkan lemon curd ke dalam pre-baked pie crust.

    2. Limpahkan meringue keatas lemon meringue tadi.

    3. Kemaskan skit2, atau boleh letak dalam piping bag dan pipe kan cantik2.

    4. Bakar dalam dalam oven (api atas sahaja, suhu 250 darjah celcius ) selama 5- 10 minit, ikut sebanyak mana kesan hangus yang anda nak pada pie anda.

    5. Sejukkan di dalam peti paling kurang 4 jam.
    6. Hidang dan makan.

    Monday, 16 June 2014

    Lemon Curd (Lemon Filling/ Inti Perisa Lemon)

    Assalamualaikum dan selamat berbahagia my fellow Malaysians. Hari saya bercakap sikit tentang lemon curd. Saya setakat ni dah 3-4 kali camtu pernah buat lemon curd, tapi cuma yg terkini adalah yang paling berhasil. Lemon curd ni rasa best sangat, rasa dia masam2 lemon, tapi ada rasa lemak berkrim jugak. Tekstur berkrim ni datangnya dari telur yang digunakan dalam resepi lemon curd ni.

    Tapi sebelum kita pergi ke resepi dan cara2 mau bikin lemon curd ni,  kalau tak tau apa itu lemon curd boleh baca sini

    Lemon Curd ni kita boleh makan ngan roti, buat pie filling, cupcake filling, makan ngan pankek and apa -apa lagi lah. Lemon curd senang kata macam jem perisa lemon lah.

    Dalam banyak-banyak resepi yang saya dah cuba yang ni lah yang paling berkesan dan lembut serta halus kejadiannya. Sebelum ni, saya dah pernah buat yang tambah tepung jagunglah, tambah itulah, tambah inilah, even saya dah pernah buat yang guna 8 biji kuning telur. rasa hanyir kuning telur tu, Tuhan jelah yang tahu.

    Apa-apa pun, resepi yang saya guna ni sebenarnya adalah dari resepi Ina Garten. Saya pulak memang suka tengok rancangan masakan dia, Rilex and cool je dia memasak. Saya tengok and baca  sambil faham betul2 dulu step2 dia kasi tu then baru saya buat. Langkah yang paling penting nak buat lemon curd ni yang penting adalah, semua bahan mesti betul2 hancur sebelum masukkan dan masskan dalam periuk tu. In the end, kita akan dapat finished product yang smooth and silky.

    Resepi asal : Ina Garten's lemon Curd

    3. Sentiasa kacau campuran tadi selama 10 minit. 

    4. Bila kita gariskan tangan pada spatula and ada garisan yang ditinggalkan, maknanya , lemon curd tu dah sedia.

    5. Kalau ada ketul2, tapis .

    6. Biarkan sejuk  ke suhu bilik dahulu sebelum masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Kalau peti ais elok, biasanya tahan sampai sebulan.

    Wednesday, 8 May 2013

    Lemon and Garlic Slow Roast Chicken

    Hmmm...dah setahun tak update blog...macam malas pulak time tu...
    Tetibe plak arini rasa cam nak update. Kali ni, utk blog ni , saya kan share resepi cara-cara nak buat ayam bakar, tapi style mat salleh skit.. Ayam yang dimasak ni memang betul-betul lembut sebabnya dia di masak selam 2 jam lebih menggunakan low temperature. Pastu utk 30-45 minit terkahir barulah dibakar dengan suhu tinggi untuk kerangupannya.

    Halfway process membako

    Baru kuar dari oven

    Kulit ayam ni sangat rangup dan buah lemon tu jadi sangat lembut, boleh makan dengan kulit-kulitnya sekali.

    Resepi:
    • 1 ekor ayam 1 1/5 kg -2 kg - potong-potong seperti kebiasaan, cuci n lapkan dengan kain bersih atau kitchen towel supaya bila masak nanti tak bayak sangat air sebab kandungan air dalam ayam pun dah banyak. Kalau banyak sangat air nanti, ayam tu akan jadi macam ayam rebus instead of ayam bakar.
    • 1 labu bawang- jangan dikupas, cuma ceraikan ulas-ulas tu basuh ngan air, lap dengan kain bagi kering. pecahkan skit ulas-ulas tu guna tangan.
    • 3-4 sudu besar minyak zaitun/ boleh ganti ngan butter yang dicairkan kalau suka rasa butter
    • 2-3  biji lemon- jangan buang kulit, cuci bersih-bersih , kering kan dan dipotong lapan setiap satunya
    • 1 sudu kecil daun thyme kering
    • Garam dan lada hitam seckupnya
    Cara-cara membuat :
    1. Panaskan oven ke suhu 160 darjahcelcius terlbih dahulu selama 15 minit
    2. Campur ayam dengan semua bahan dan gaul rata  .
    3. Masukkan ke dalam talam pembakar kemudian tuutp talam pembakar tu dengan aluminium foil rapat-rapat.
    4. Bakar dalm oven bersuhu 160 selam 2 jam. Tujuan bakar lama-lama dalam suhu rendah ni untuk kasi ayam tu betul-betul empuk dan lemon tu jadi betul-betul lembut so boleh dimakan sekali. 
    5. Kemudian, alihkan aluminium foil tadi dan naikkan suhu oven ke 200 darjah celcius, then bakar for another 30-45 minutes. Ikut nak rangup mana.
    6. Hidang macam tu je atau makanlah ngan mende lain yang dikehendaki. Ais krim ke, cheesecake , nasi ke, jus mangga ke..ikut suka masing-masing.

    Isi ayam tu sangat mudah tanggal dari tulang n yang penting, sebab resepi ni menggunakan kaedah slow roast, lemak-lemak ayam kebanyaknya dah mencair dan tekstur ayam ni lebih kurang cam ayam kenny roager's tu.