Friday, 6 January 2012

Kek Rona Roni

Assalamualaikum semua...hari ni saya nak perkenalkan recipe yang saya dah ubahsuai dari resepi asal kek red velvet. Bukan apa, jeles sebenarnye tengok ada blogger yg buat kek warna -warni...heheh..saya pun mau try jugak...

 Sebenarnye diri sendiri pun macam tak bape yakin nak buat kek ni.. macam merepekje.. Tapi kalau tak cuba nanti terbayang-bayang je nak buat kek yang merepek camni. Memandangkan banyak lagi bahan buat kek yang lebih, saya pun berchadanglah nak buat kek ni.

Kalau nak buat kek camni satu je bende kena ada...SABAR...kalau rasa macam tak boleh tahan nak buat bende merepek camni, silalah lupakan hasrat sebab mende memerlukan masa yang agak panjang. Kalau rasa ada anak berlambak yang rajin nak menolong, panggil diorang ajak nolong  .

Resepi

Utk Kek

  • 1 cawan butter
  • 2 cawan gula
  • 3 cawan tepung
  • 2 sdk bakng powder
  • 4 biji telur
  • 1 sdk baking soda
  • 1 cawan yoghurt/ buttermilk/ sour cream
  • 2 sudu besar serbuk coklat
  • 1 sdk esen vanilla
  • 4 jenis warna kegemaran dan disukat 1 sdk bg setiap jenis warna

Untuk Frosting

  • 2 cawan creamcheese/ 2 paket 250 gram (pastikan pada suhu bilik)
  • 1 cawan gula icing
  • 1 cawan whipping cream non dairy

Cara2
kek

  1. Pukul butter dengan gula sampai kembang
  2. masukkan telur satu persatu beserta esen vanilla
  3. Satukan semua bahn kering yang masih belum digunakan
  4. Masukkan kedalam campuran batter tadi diselang seling dengan yoghurt/ buttermilk/ sour cream 
  5. Bahagikan kepada 4 bahagian
  6. warnakan mengikut warna kegemaran dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180 darjah celcius selama 20-25 minit
  7. Sejukkan pada suhu bilik sebelum sapu frosting
Frosting
  1. Pukul Creamcheese dengan gula icing sampai sebati
  2. Setelah sebati, masukkan whipping cream dan pukul sampai tahap mudah untuk dilepa
  3. Sapukan pada kek
  4. ( Jangan Pukul Semua skaligus , nanti jadi macam kek saya ni..frosting dia berketul-ketul)

Walaupun kek ni nampak agak buruk, tapi rasa dia sedap. Selamat mencoba teman-teman

2 comments:

  1. woww! macam pelangi rajin betul ya :)

    ReplyDelete
  2. hahaha.memang rajin sangat..takdelah.ipg cuti sebulan lebih..jadi dah tak tau apa nak buat kat rumah, buatlah kek yg macam pelangi ni....banyak masa terluang