Monday, 9 January 2012

Chocolate Pie / Pai Coklat

Assalamualaikum semua, semenjak kakak saya beli Blackberry ni, tetiap ari la online resepi kat dapur. Bukan apa, cuma mudah sebab kecik, sambil tengok resepi kat  phone sambil masak. Senang, kecik banyak daripada laptop .Kalau bawak laptop ke dapur payah skit... Ye dok???

Kalau nak buat pastri ni senang je sebenarnye, yang penting kena ikut step yg diberi. Jangan buat-buat pandai kalau tak pandai.. Saya buat pastri ni pun saya ikut resepi dari Puan Azlita dari Masam Manis. Dia punya pastri memang sedap, lagi sedap dari pastri tart blueberry yang saya selalu jual kat budak2 maktab tu.Tapi ,kalau nak niaga, takleh lah pakai resepi ni sebab pakai banyak jugak butter....Kalau anda semua masuk blog dia, mesti terpegun....gambar2 and resepi dia sangat bagus

Resepi
  • 170gm  / 3/4 cawan  marjerin atau butter
  • 50gm / 1/2 gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290gm/ 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Chocolate Filling
  • 1 tin susu pekat manis
  • 2 biji telur ( dipukul)
  • 1/2 cawan serbuk koko

Cara-cara

Pastri
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  5. Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
  6. Tapi kalau dah tak sabar, letak sejam je , pastu kuarkan dan canai.
  7. Letak dalam bekas pai, (kalau takde, macam saya hanya guna cake tin, pastu buat bentuk sendiri menggunakan garfu)
  8. Bakar pada suhu 180 darjah celcius secara blind bake selama 10-15 minit ( Blind bake ni, kite bakar pastri tu dengan meletakkan lapisan kertas membakar atau aluminium foil kemudian atas tu kita letakkan kekacang ke, beras ke, batu2 ke)
  9. Pastu alihkan aluminium foil dan bakar selama 10 minit lagi.
  10. Sementara tunggu pastri masak, bolehlah siapkan filling chocolate.

Filling
  1. Masukkan susu kedalam periuk, campurkan dengan serbuk koko.
  2. Setelah mendidih, perlahankan api dan ambil sedikit campuran susu dan koko tadi  dan letakkan dalam telur yang dah pikulu. Kacau sampai sebati.
  3. Masukkan campuran telur kedalam campuran susu tadi dan kacau dan masak dalam kira-kira 3 minit.
  4. Padamkan api, tuangkan kedalam pastri yang telah masak tadi.
  5. Bakar dalam oven selama 20 minit pada suhu 180 darjah celsius.
  6. Setelah masak, biarkan sejuk.
  7. Enak dimakan bersama krim masam / creme fraiche

3 comments:

  1. look nice, tapi payah tak nk buat pastri tu? aritu buat tak jd lak..adoai!

    ReplyDelete
  2. payah jugak sebenarnye..tapi kalau dah banyak kali buat, kite boleh agak nak kurang atau lebihkan tepung.

    ReplyDelete
  3. Dah cuba resepi u hari ni, abis licin. Tq 4 sharing