Pages

Thursday, 29 September 2011

Kek Red Velvet

Kek Red Velvet.... bila mula je dengan nama kek nie, rase cambest je kalau buat. Mesti glamer kalau buat.hahaha. bile tengok kat blog, dari mak-cik2 , akak2  sampailah ke adik2 yg ada kat internet, semua sibuk nak buat kek ni. Best sangat ke ? Tapi bila skali dah buat, semua orang cakap sedap.... memang sedap pun...tapi resepi ni saya dah banyak kali modify pasal ramai komplen icing dia manis gila...So time hari Raya tu, saya cubalah buat resepi yg kurang manis skit tu..( kononnya (O.o))...
First attempt untuk birthday adik
                                                                                                       
Utk birthday anak sedara Umair

Resepi Terbaru

Bahan-bahan

Kek
  1. 1 cawan mentega
  2. 1 1/2 cawan gula kasar/ 2 cawan gula 
  3. 4 biji telur gred B / kalau gred lain agak-agaklah sendiri berapa biji
  4. 1 cawan yoghurt
  5. 2 1/2 cawan tepung gandum
  6. 2-3 sudu besar serbuk coklat
  7. 1 sudu kecil vanilla esen
  8. 1 sudu kecil baking soda
  9. 1/2 sudu kecil baking powder
  10. 1/2 sudu kecil garam
  11. 1 botol pewarna merah
Aising
  1. 2 paket creamcheese 250 gm
  2. 1 1/2 cawan non dairy whipping cream
  3. 3-6 sudu besar gula ( ikut selera)
  4. 1 sudu kecil vanilla esen
  5. Kelapa parut kering ( sebanyak yang anda mahukan)
Cara Pembikinan
Kek
  1. Panaskan oven 180 darjah celsius
  2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu.
  4. Masukkan yoghurt
  5. Kendian, masukkan tepung, baking powder, baking soda, garam dan serbuk coklat.
  6. Bila dah sebati, masukkan warna merah.
  7. Tuang dalam 2 dulang pembakar bersaiz 9 inci/23 sentimeter yg dah digris dan disapu minyak.
  8. Bakar dalam oven selama 25-35 minit( bergantung kpd jenis oven)
  9. Biar betul-betul sejuk sebelum potong dan sapu aising, kira-kira 1/2 jam.
  10. boleh potong kepada dua bagi setiap dulang kek.
Krim
  1. Pukul creamcheese bersama gula dan esen vanilla sehingga sebati.
  2. Masukkan non-dairy whipping cream dan putar pada kelajuan perlahan sampai sebati.
  3. Bila dah sebati, putar dengan kelajuan tinggi sampai stiff peak atau tekstur macam marjerin yg lembut.
  4. Sapu pada kek secara berlapis dan akhir sekali, tabur dan ratakan kelapa parut kering pada kek.

Kek Coklat Berlapis Krim Mousse Oren

Masa Hari Raya baru-baru ni ada banyak sangat beli barang nak buat kek kat Gombak sebelum balik kampung. Bila masuk raya ketiga, setelah tiga biji kek dibuat dan habis dimakan, masih banyak bahan -bahan yang lebih. Jadi bila difikirkan semula,daripada biar krim putar tu rosak baik try buat kek baru. Setelah mencuba dengan tak berapa nak yakin, akhirnya , jadilah jugak walaupun tak berapa lawa. dan inilah hasilnya.....jengjengjeng

 Saya bagi nama kek ini sempena nama subjek favourite saya.

Senang je nak buat

Bila dah dipotong

Bahan-bahan
Kek
1 1/2 cawan gula kasar/ 2 cawan gula kaster
1 cawan yoghurt perisa asli
2/3 cawan minyak sawit
2 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
3/4 cawan serbuk coklat 
1 cawan air suhu bilik +1 sudu kecil nescafe/ indocafe/ apejelah yg rasa serupa.

Krim Oren
1 paket cream cheese (250gm)
1 1/2 cawan non dairy whipping cream( letak dalam peti sejuk beku sebelum guna)
3-6 sudu besar gula (ikut selera masing2, kalau nak kaki kena potong cepat, letaklah dalam secawan)
parutan 2 biji  kulit oren saiz sederhana
pewarna oren

Chocolate Ganache
100-150gm chocolate masakan
1/4 cawan susu segar/ susu cair

Cara Pembikinan
Kek 
  1. Panaskan oven 180 darjah celsius
  2. Campur semua bahan-bahan basah dan kacau sampai sebati
  3. Campakkan bahan-bahan kering ke dalam bahan-bahan basah tadi dan gaul sehingga sebati. (Adatlah kalau berbutir-butir skit, kalau masak, tak nampaknye butir-butir tu)
  4. Letak dalam 2 biji loyang saiz 9 inci/ 23 sentimeter yg sudah disapu minyak dan diletak  kertas pembakar( supaya mudah dikeluarkan bila dah masak)
  5. Bakar dalam oven selama 25 minit ( kurang atau lebih bergantung kepada jenis oven)
  6. Bila dah masak, biarkan ia sejuk selama sejam sebelum disapu krim ( kek ni boleh jugak kalau nak sapu buttercream atau tuang ngan chocolate gananche je)
  7. Kek saiz ini boleh dipotong menjadi 2 lapis, jadi kek ini boleh dapat 4 lapisan kek.
Krim Oren (Bagus disediakan ketika kek dalam proses menyejuk)
  1. Pukul cream cheese bersama gula dan kulit oren sehingga bersatu-padu menjadi satu.
  2. Bila sudah sebati menjadi satu, masukkan that particular non dairy whipping cream dengan kelajuan rendah sehingga sebati.
  3. Masukkan pewarna oren sebanyak yang anda mahu dan kacau sehingga sebati.
  4. Bila dah sebati, pukul dengan kelajuan tinggi sampai stiff peak atau texture dia macam marjerin yang lembut.
  5. Sapulah pada kek tadi guna spatula ke, pisau ke, tangan pun boleh. Kalau lagi best guna kaki .
Chocolate Ganache( Yang ini bagus kalau disediakan ketika kek sedang masak didalam oven)
  1. Cincang coklat masakan tu halus-halus.
  2. Panaskan susu tadi samapai agak-agaknak mendidih. Bila dah nampak buih2 , tutup api, tuang atas coklat masakan tadi.
  3. Gaul guna garfu atau handwhisk sampai sebati. kalau garpu pun takda, guna lah otak ye.
  4. Bila dah sebati, biarkan ia sejuk selama 20-25 minit sebelum tuang atas kek yang dah disapu krim tadi
  5. Resepi ini boleh digunakan untuk mana kek jua.

Homemade Marsmallow

Saya secara personal memang suka makan marsmallow, nak2 lagi kalau makan ngan coklat. Kalau nak beli tu memang berbaloi lah kan, dah lah murah, banyak pulak tu. Tetibe suatu hari teringin sangat nak buat sendiri. Bila try check dekat internet , bahan2 dia memang mudah. Yang paling penting adalah gelatin, dan sebagai seorang muslim gelatin tu mestilah nak halal kan?.try check2, rupanya kat koperasi IPGM KPT , tempat saya belajar tu ada jual rupanya Gelatin halal keluaran HALAGEL. Tanpa melengah masa, saya beli semua yang  ada sebab nak buat bekalan kalau-kalau nak buat benda lain jugak..

Ni Gelatin Halagel tu. 100% produk muslim

Dah Siap

Bahan-bahan yang diperlukan

1 paket gelatin (30gm)
1/4 cawan air sejuk
1 1/2 cawan gula
1/4 cawan air biasa/ kalau rasa diri orang  kaya, pakai air oxygen
1/4 cawan cawan madu/sirap glukosa

Cara Pembikinan
  1. Kembangkan gelatin dengan air sejuk selama 5-10 minit
  2. Sementara gelatin kembang, masak gula dengan 1/4 cawan air biasa dan 1/4 cawan madu tadi. Masak sehingga air gula tu pekat bilamana dititiskan dalam secawan air suhu bilik, ia akan membentuk bebola.
  3. Bila air gula dah masak, masukkan perlahan-lahan kedalam gelatin yg dah kembang tadi sambil dipukul menggunakan handmixer dengan kelajuan tinggi kira-kira 10-15 minit.
  4. Bila rupa rasa mixer macam dah berat sangat, berhenti.
  5. Letak dalam tupperware ke, bekas aiskrim ke, ape-ape jelah yg boleh menyimpan. Pastikan bekas untuk menyimpan tu Sudah ditabur denga gula aising dan tepung jagung dengan banyak sekali .Ini untuk mengelakkan marshmallow yg kita buat tadi melekat.
  6. Bila dah salin, ratakan dan biarkan semalaman. 
  7. Setelah semalaman, keluarkan dan potong ikut suka hati. Kalau tak nak melekat,sapu pisau ngan campuran gula aising dan tepung jagung.