Pages

Thursday 29 September 2011

Kek Coklat Berlapis Krim Mousse Oren

Masa Hari Raya baru-baru ni ada banyak sangat beli barang nak buat kek kat Gombak sebelum balik kampung. Bila masuk raya ketiga, setelah tiga biji kek dibuat dan habis dimakan, masih banyak bahan -bahan yang lebih. Jadi bila difikirkan semula,daripada biar krim putar tu rosak baik try buat kek baru. Setelah mencuba dengan tak berapa nak yakin, akhirnya , jadilah jugak walaupun tak berapa lawa. dan inilah hasilnya.....jengjengjeng

 Saya bagi nama kek ini sempena nama subjek favourite saya.

Senang je nak buat

Bila dah dipotong

Bahan-bahan
Kek
1 1/2 cawan gula kasar/ 2 cawan gula kaster
1 cawan yoghurt perisa asli
2/3 cawan minyak sawit
2 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
3/4 cawan serbuk coklat 
1 cawan air suhu bilik +1 sudu kecil nescafe/ indocafe/ apejelah yg rasa serupa.

Krim Oren
1 paket cream cheese (250gm)
1 1/2 cawan non dairy whipping cream( letak dalam peti sejuk beku sebelum guna)
3-6 sudu besar gula (ikut selera masing2, kalau nak kaki kena potong cepat, letaklah dalam secawan)
parutan 2 biji  kulit oren saiz sederhana
pewarna oren

Chocolate Ganache
100-150gm chocolate masakan
1/4 cawan susu segar/ susu cair

Cara Pembikinan
Kek 
  1. Panaskan oven 180 darjah celsius
  2. Campur semua bahan-bahan basah dan kacau sampai sebati
  3. Campakkan bahan-bahan kering ke dalam bahan-bahan basah tadi dan gaul sehingga sebati. (Adatlah kalau berbutir-butir skit, kalau masak, tak nampaknye butir-butir tu)
  4. Letak dalam 2 biji loyang saiz 9 inci/ 23 sentimeter yg sudah disapu minyak dan diletak  kertas pembakar( supaya mudah dikeluarkan bila dah masak)
  5. Bakar dalam oven selama 25 minit ( kurang atau lebih bergantung kepada jenis oven)
  6. Bila dah masak, biarkan ia sejuk selama sejam sebelum disapu krim ( kek ni boleh jugak kalau nak sapu buttercream atau tuang ngan chocolate gananche je)
  7. Kek saiz ini boleh dipotong menjadi 2 lapis, jadi kek ini boleh dapat 4 lapisan kek.
Krim Oren (Bagus disediakan ketika kek dalam proses menyejuk)
  1. Pukul cream cheese bersama gula dan kulit oren sehingga bersatu-padu menjadi satu.
  2. Bila sudah sebati menjadi satu, masukkan that particular non dairy whipping cream dengan kelajuan rendah sehingga sebati.
  3. Masukkan pewarna oren sebanyak yang anda mahu dan kacau sehingga sebati.
  4. Bila dah sebati, pukul dengan kelajuan tinggi sampai stiff peak atau texture dia macam marjerin yang lembut.
  5. Sapulah pada kek tadi guna spatula ke, pisau ke, tangan pun boleh. Kalau lagi best guna kaki .
Chocolate Ganache( Yang ini bagus kalau disediakan ketika kek sedang masak didalam oven)
  1. Cincang coklat masakan tu halus-halus.
  2. Panaskan susu tadi samapai agak-agaknak mendidih. Bila dah nampak buih2 , tutup api, tuang atas coklat masakan tadi.
  3. Gaul guna garfu atau handwhisk sampai sebati. kalau garpu pun takda, guna lah otak ye.
  4. Bila dah sebati, biarkan ia sejuk selama 20-25 minit sebelum tuang atas kek yang dah disapu krim tadi
  5. Resepi ini boleh digunakan untuk mana kek jua.

No comments:

Post a Comment