Thursday, 29 September 2011

Homemade Marsmallow

Saya secara personal memang suka makan marsmallow, nak2 lagi kalau makan ngan coklat. Kalau nak beli tu memang berbaloi lah kan, dah lah murah, banyak pulak tu. Tetibe suatu hari teringin sangat nak buat sendiri. Bila try check dekat internet , bahan2 dia memang mudah. Yang paling penting adalah gelatin, dan sebagai seorang muslim gelatin tu mestilah nak halal kan?.try check2, rupanya kat koperasi IPGM KPT , tempat saya belajar tu ada jual rupanya Gelatin halal keluaran HALAGEL. Tanpa melengah masa, saya beli semua yang  ada sebab nak buat bekalan kalau-kalau nak buat benda lain jugak..

Ni Gelatin Halagel tu. 100% produk muslim

Dah Siap

Bahan-bahan yang diperlukan

1 paket gelatin (30gm)
1/4 cawan air sejuk
1 1/2 cawan gula
1/4 cawan air biasa/ kalau rasa diri orang  kaya, pakai air oxygen
1/4 cawan cawan madu/sirap glukosa

Cara Pembikinan
  1. Kembangkan gelatin dengan air sejuk selama 5-10 minit
  2. Sementara gelatin kembang, masak gula dengan 1/4 cawan air biasa dan 1/4 cawan madu tadi. Masak sehingga air gula tu pekat bilamana dititiskan dalam secawan air suhu bilik, ia akan membentuk bebola.
  3. Bila air gula dah masak, masukkan perlahan-lahan kedalam gelatin yg dah kembang tadi sambil dipukul menggunakan handmixer dengan kelajuan tinggi kira-kira 10-15 minit.
  4. Bila rupa rasa mixer macam dah berat sangat, berhenti.
  5. Letak dalam tupperware ke, bekas aiskrim ke, ape-ape jelah yg boleh menyimpan. Pastikan bekas untuk menyimpan tu Sudah ditabur denga gula aising dan tepung jagung dengan banyak sekali .Ini untuk mengelakkan marshmallow yg kita buat tadi melekat.
  6. Bila dah salin, ratakan dan biarkan semalaman. 
  7. Setelah semalaman, keluarkan dan potong ikut suka hati. Kalau tak nak melekat,sapu pisau ngan campuran gula aising dan tepung jagung.

No comments:

Post a Comment