Pages

Sunday, 5 April 2020

Dinner Roll

This is one of my go to recipe for dinner roll. Resepi ni saya guna sudah hampir 7 tahun dan sampai sekarang saya guna resepi ni utk buar roti. Malahan dengan resepi yang sama juga saya guna untuk meniaga dalam tempoh 7 tahun tu.
Rotinya lembut dan boleh diguna pakai untuk macam-macam jenis roti lagi.
Dalamnya sangat lembut. Tapi disebabkan roti ji hanya gunakan bahan yg paling asas, kelembutannya cuma bertahan 2 - 3 hari sahaja dan tak tahan lama sebab tiada pengawet. 
-Tepung
-Air
-Garam
-Gula
-Yis
-Minyak
Selain guna kaedah letak tempat panas nak naikkan doh, boleh jemur tengah bawah matahari juga. Saya guna kaedah letak air panas tu sebab saya buat roti tu malam². Malam² takde matahari.

Thursday, 12 July 2018

Alhamdulillah, setelah hampir 3 minggu selepas raya korban, daging korban masih banyak.Ini yg buat saya bangga ngan orang Pulau Tawar ni. Semua pemurah. Raya yg lepas , dalam 17 ekor lembu dan kerbau yang berjaya ditumbangkan. Hasil daripada kesedaran masyarakat stempat tempat tentang kelebihan berkorban, kami sekeluarga mampu menikmati daging dalam 3 minggu berturut.

Berbalik kepada tujuan asal, lepas saya pulang ke kampung pada hari sabtu lepas, mak bagitau, ada 3 kilo lagi daging kerbau yang berbaki. Saya pun pikirla, nak buat apa ye.Belum sempat abes pikir, mak suruh buat sup daging. Saya pun on je la... Kebetulan kakak saya dalam berpantang, jadi buat sup utk orang tak berpantang dan yang berpantang.

Nasib baik mak saya tokey kedai, jadi barang2 utk memasak memang sentiasa ada kat rumah. Takdelah susah2 nak pegi beli barang nak buat sup ni. Semua lengkap, cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan macam2 lagilah..

Tuesday, 17 June 2014

Lemon Meringue Pie (Pai Lemon Mirang)

Assalamualaikum dan selamat berbahagia semuanya. Sebelum ni, saya dah pernah buat entri pasal cara-cara nak buat basic pie crust. Dalam entri tu, saya cakap saya nak buat 2 jenis pie. Okay, salah satu dari pie yang saya nak buat adalah Lemon Meringue Pie ni. Pie ni rasa dia agak fresh sebab ada rasa lemon tu. 

Lemon Meringue Pie ni sebenarnya takdelah susah mana nak buat kalau kita dah sediakan lemon curd awal-awal, sebab lemon curd which is the main ingredient dalam pie ni memerlukan masa sebelum boleh terus dipakai. 

Seperti mana yang saya maklumkan, resepi untuk pastry saya dah buat sebelum ni, begitu juga dengan lemon curd,  jadi kalau nak tengok step by step punya instruction, klik sini (untuk resepi pie crust) dan sini (untuk resepi lemon curd). walau bagaimanapun saya akan senaraikan juga bahan-bahan dan instruction untuk entri kali ni. 

Pie Crust 
Bahan-bahan :
  • 1/2 cawan marjerin ( sejukkan dan potong kecil2)
  • 1 2/3 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan air sejuk (ice cold water)
  • Guna Tangan:

    1. Gaulkan tepung dengan marjerin sejuk menggunakan hujung jari sehingga adunan menjuadi seolah-olah pasir basah(kalau ada kepingan marjerin yg tak hancur skit2 takpe)
    2. Masukkan air dan bentukkan kepada doh, tapi jangan terlampau beriya-iya, cukup sekadar membentu doh. Kalau diuli terlalu lama, marjerin akan cair dan kita takkan dapat pastry yang rapuh.
    3. Kemudian ikut step ke 4 dibawah.

    Menggunakan food processor:

    1. Masukkan tepung dan marjerin sejuk kedalam food processor.
    2. Blend sampai teksturnya menjadi seolah- olah pasir basah
    3. Kemudian blend lagi dan tambah semua air sejuk tadi. Blend sampai adunan menjadi doh.
    4. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian yang anda nak. Saya bahgikan 2 sahaja sebab saya nak buat dua sahaja pie.
    5. Sejukkan dalam fridge selama 30 minit (atau dalam freezer 10 minutes kalau nak cepat)
    6. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius.
    7. Canai doh setebal 1/8 inci
    8. Pastikan doh dicanai besar sedikit dari saiz bekas pie.
    9. Kemudian, penuhkan bekas pie dengan doh yang dah dicanai tadi, trim yang mana lebih tu.
    10. Pre-baked pie crust tu dulu selama 15 minutes dengan mengalaskan atas crust dengan kerajang timah atau baking paper kemudian penuhkan dengan pemberat (saya guna kacang soya yang memang dah berkali-kali saya guna khas untuk tujuan prebake pie crust ni. Boleh ganti dengan beras atau apa-apa kacang) ini untuk mengelakkan crust dari menggelembung.
    11. Bila keadaan pie crust tu dah dikeluarkan, bolehlah letak filling kalau nak buat pie yang kena bakar semula dalam oven( contohnya apple pie).PERINGKAT  INI DINAMAKAN PRE BAKED PIE CRUST. 

    Lemon Curd 
    Bahan-bahan
    •  Parutan dari 3 biji kulit lemon (lemon zest)
    • 1 1/2 cawan gula kasar ( boleh kurangkan kepada 1 cawan kalau nak kurangkan manis)
    • 4 biji telur (gred b)
    • 6 sudu besar unsalted butter ( saya guna Anchor)
    • 1/2 cawan jus lemon (biasanya 3 biji lemon dapat lebih kurang 1/2 cawanlah jus dia)
    • 1/8 sudu kecil garam

    Cara-cara :
    1. Masukkan semua bahan dalam food processor atau blender.
    2. Kisar sampai benar2 hancur segala benda dalam tu.
    3. Tuangkan ke dalam sauce pan atau periuk, masakkan atas api perlahan.
    4. Sentiasa kacau campuran tadi selama 10 minit.
    5. Bila kita gariskan tangan pada spatula and ada garisan yang ditinggalkan, maknanya , lemon curd tu dah sedia.
    6. Kalau ada ketul2, tapis .
    7. Biarkan sejuk  ke suhu bilik dahulu sebelum masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Kalau peti ais elok, biasanya tahan sampai sebulan.

    Bahan untuk Meringue

    Meringue (Boleh digandakan jika suka meringue yang lebih tinggi)
    Bahan-bahan :
    • 1 biji telur putih
    • 1/2 sudu teh esen vanilla
    • 1/4 cawan gula kaster
    Cara-cara :

    1. Pukul putih telur dengan mixer pada kelajuan sederhana sehingga berbuih,
    2. Masukkan gula kaster sedikit demi sidikit dengan penuh kasih sayang ke dalam putih telur sambil mixer berjalan.
    3. Teruskan memutar sampai putih telur benar-benar kembang dan pejal(rajah 1).
    4. Masukkan esen Vanilla.

    rajah 1

    Lemon Meringue Pie
    Bahan-bahan :
    • 1 Pre-baked pie crust
    • 1/2 cawan Lemon Curd
    •  Meringue dari resepi di atas.

    Cara-cara :
    1. Tuangkan lemon curd ke dalam pre-baked pie crust.

    2. Limpahkan meringue keatas lemon meringue tadi.

    3. Kemaskan skit2, atau boleh letak dalam piping bag dan pipe kan cantik2.

    4. Bakar dalam dalam oven (api atas sahaja, suhu 250 darjah celcius ) selama 5- 10 minit, ikut sebanyak mana kesan hangus yang anda nak pada pie anda.

    5. Sejukkan di dalam peti paling kurang 4 jam.
    6. Hidang dan makan.

    Monday, 16 June 2014

    Simple Pie Crust

    Assalamualaikum dan selamat berbahagia anak- anak Malaysia. Kali ni saya akan kongsikan resepi tentang cara-cara nak buat pie crust yang simple. Sebelujm ni saya dah lama tengok citer katun, citer omputih, dok asyik makan pie je. Rasa nak buat, tapi ada satu benda yang menghalang, ketakutan. bukan apa, takut2 kalau buat tak menjadi, sebab tengok mat salleh buat buat macam banyak step je. Lagi satu, kalau nak buat pie ni kena ada kesabaran yang tinggi sebab ada masa menunggu sebelum kita boleh terus guna crust tu. 

    Saya ada jugak tengok2 banyak resepi kat internet, tapi resepi ni saya ambik dari resepi Nigella Lawson dan saya buat banyak adjustment sebab nak buat as simple as possible. Kalau tengok resepi asal dia banyak gile bahan. Tapi saya dan kurangkan sebanyak yang boleh dan bila saya buat memang sentiasa menjadi. Resepi yang saya nak kongsi ni , saya tak tambah garam sebab marjerin dah masin and tak tambah gula, so that crust ni boleh diguna pakai untuk both sweet and savoury pies. Lagi satu, pie crust ni tak menyerap filling sangat, so, pie akan kekal rangup dan takkan jadi soggy atau lembap.

    Bahan-bahan :
    1. 1/2 cawan marjerin ( sejukkan dan potong kecil2) (lihat gambar (i))
    2. 1 2/3 cawan tepung gandum
    3. 1/4 cawan air sejuk (ice cold water)

    (i)

    Cara- cara :

    Guna Tangan:

    11. Bila keadaan pie crust tu dah macam gambar kat bawah, bolehlah letak filling kalau nak buat pie yang kena bakar semula dalam oven( contohnya apple pie)INI DINAMAKAN PRE BAKED PIE CRUST

    12. Kalau nak gunakan untuk pie yg letak filling yang tak perlu masak (contoh nya , fruit tart), masukkan kembali pie crust tadi, tapi keluarkan pemberat dan alasnya, bakar lagi untuk another 30 minutes.
    Then tunggu sejuk, bolehlah letak filling. 

    Lemon Curd (Lemon Filling/ Inti Perisa Lemon)

    Assalamualaikum dan selamat berbahagia my fellow Malaysians. Hari saya bercakap sikit tentang lemon curd. Saya setakat ni dah 3-4 kali camtu pernah buat lemon curd, tapi cuma yg terkini adalah yang paling berhasil. Lemon curd ni rasa best sangat, rasa dia masam2 lemon, tapi ada rasa lemak berkrim jugak. Tekstur berkrim ni datangnya dari telur yang digunakan dalam resepi lemon curd ni.

    Tapi sebelum kita pergi ke resepi dan cara2 mau bikin lemon curd ni,  kalau tak tau apa itu lemon curd boleh baca sini

    Lemon Curd ni kita boleh makan ngan roti, buat pie filling, cupcake filling, makan ngan pankek and apa -apa lagi lah. Lemon curd senang kata macam jem perisa lemon lah.

    Dalam banyak-banyak resepi yang saya dah cuba yang ni lah yang paling berkesan dan lembut serta halus kejadiannya. Sebelum ni, saya dah pernah buat yang tambah tepung jagunglah, tambah itulah, tambah inilah, even saya dah pernah buat yang guna 8 biji kuning telur. rasa hanyir kuning telur tu, Tuhan jelah yang tahu.

    Apa-apa pun, resepi yang saya guna ni sebenarnya adalah dari resepi Ina Garten. Saya pulak memang suka tengok rancangan masakan dia, Rilex and cool je dia memasak. Saya tengok and baca  sambil faham betul2 dulu step2 dia kasi tu then baru saya buat. Langkah yang paling penting nak buat lemon curd ni yang penting adalah, semua bahan mesti betul2 hancur sebelum masukkan dan masskan dalam periuk tu. In the end, kita akan dapat finished product yang smooth and silky.

    Resepi asal : Ina Garten's lemon Curd

    3. Sentiasa kacau campuran tadi selama 10 minit. 

    4. Bila kita gariskan tangan pada spatula and ada garisan yang ditinggalkan, maknanya , lemon curd tu dah sedia.

    5. Kalau ada ketul2, tapis .

    6. Biarkan sejuk  ke suhu bilik dahulu sebelum masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Kalau peti ais elok, biasanya tahan sampai sebulan.

    Peanut Butter Thumbprint Cookies with Ganache Filling ( Biskut Cap Jari Mentega Kacang dengan Inti Ganache)

    Assalamualikum dan selamat berbahagia kepada semua. Baru-baru ni abang saya ada beri sebekas mentega kacang, tapi dah nk dekat tarikh expired.Adalah nak dekat 1 kilo. Jadi saya pun tak tau nak buat mende ngan peanut butter yg banyak ni sebab orang rumah tak makan sangat peanut butter ni. Jadi saya pun google-google skit dekat google chrome, jumpa lah resepi peanut butter cookies ni. Saya jumpa resepi ni di laman web Martha Stewart. Seperti yang kita sedia maklum, resepi Martha ni mudah-mudah dan make sense lah jugak kalau nak masak dalam dapur Malaysia ni. 

    Tapi sebelum saya buat cookies ni, saya baca review dari bakers2 yang dah penah buat and mostly bagi rating yang tinggi sebab diorang kata memang marvelous. Tekstur biskut ni crumbly and tak rangup. Dia macam moist2 macam tu. Mak saya kata kalau nak kasi rangup, kurangkan skit peanut butter dia. And lagi satu, kalau kita nak beli peanut butter ni, elok kita tengok kandungan dia. Selalunya pakai yang kurang gula lagi bagus sebab kita boleh adjust tahap kemanisan biskut kita tu sendiri. 

    Kat sini saya nak kongsi resepi biskut ni yang saya dah ubah skit. (skit je), memandangkan saya pakai apa yang sedia ada tapi kalau nak tengok resepi asal, boleh lah klik ke link ni Martha's Thumbprint Peanut Butter Cookies . Tapi dalam resepi ni Martha guna Jelly, tapi saya ganti gan ganache. 

    Resepi  : Adapted from Martha Stewart's Peanut Butter and Jelly Thumbprint 

    Bahan-bahan

    • 1 1/4 cawan tepung gandum
    • 1/2 sudu teh baking powder
    • 1/2 sudu teh baking soda
    • 3/4 cawan Crunchy Peanut Butter (Peanut Butter yang ada biji2 kacang dalam dia tu)
    • 1/2 cawan marjerin (saya guna Daisy)
    • 1/3 cawan gula kaster
    • 1/3 cawan gula perang
    • 1 biji telur 
    • 1 sudu teh vanilla ( saya terlupa nak letak)
    • 1/2 cawan Chocolate Ganache (klik untuk resepi)
    Cara-Cara
    1. Panaskan oven terliebih dahulu pada suhu 180 darjah celsius
    2. Kacau gula perang, gula kaster ,peanut butter dan marjerin sampai sebati. 

    3. Kemudian masukkan telur dan vanilla.
    4. Masukkan tepung, baking soda ,dan baking powder bersama dan kacau sehingga sebati.

    5. Bulatkkan adunan tadi sebesar buah anggur lebih kurang.

    6. Susun dalam talam dan bakar 10 minit.
    7. Keluarkan , kemudian tekankan tengah-tengah cookies tadi dengan jari ( saya guna belakang pisau sebab besar skit) untuk membentuk cap jari/ lubang kat tengah2 biskut tu. 

    8. Sambung bakar dalam 10 minit lagi tau kalau nak garing lagi tambah dalam 2-3 minit.
    9. Biarkan sejuk, kemudian letakkan Ganache  kat tengah2 biskut tu.

    10. Hidang dan makan. 