Pages

Monday 16 June 2014

Lemon Curd (Lemon Filling/ Inti Perisa Lemon)

Assalamualaikum dan selamat berbahagia my fellow Malaysians. Hari saya bercakap sikit tentang lemon curd. Saya setakat ni dah 3-4 kali camtu pernah buat lemon curd, tapi cuma yg terkini adalah yang paling berhasil. Lemon curd ni rasa best sangat, rasa dia masam2 lemon, tapi ada rasa lemak berkrim jugak. Tekstur berkrim ni datangnya dari telur yang digunakan dalam resepi lemon curd ni.

Tapi sebelum kita pergi ke resepi dan cara2 mau bikin lemon curd ni,  kalau tak tau apa itu lemon curd boleh baca sini

Lemon Curd ni kita boleh makan ngan roti, buat pie filling, cupcake filling, makan ngan pankek and apa -apa lagi lah. Lemon curd senang kata macam jem perisa lemon lah.

Dalam banyak-banyak resepi yang saya dah cuba yang ni lah yang paling berkesan dan lembut serta halus kejadiannya. Sebelum ni, saya dah pernah buat yang tambah tepung jagunglah, tambah itulah, tambah inilah, even saya dah pernah buat yang guna 8 biji kuning telur. rasa hanyir kuning telur tu, Tuhan jelah yang tahu.

Apa-apa pun, resepi yang saya guna ni sebenarnya adalah dari resepi Ina Garten. Saya pulak memang suka tengok rancangan masakan dia, Rilex and cool je dia memasak. Saya tengok and baca  sambil faham betul2 dulu step2 dia kasi tu then baru saya buat. Langkah yang paling penting nak buat lemon curd ni yang penting adalah, semua bahan mesti betul2 hancur sebelum masukkan dan masskan dalam periuk tu. In the end, kita akan dapat finished product yang smooth and silky.

Resepi asal : Ina Garten's lemon Curd

Bahan-bahan :

  • Parutan dari 3 biji kulit lemon (lemon zest)
  • 1 1/2 cawan gula kasar ( boleh kurangkan kepada 1 cawan kalau nak kurangkan manis)
  • 4 biji telur (gred b)
  • 6 sudu besar unsalted butter ( saya guna Anchor)
  • 1/2 cawan jus lemon (biasanya 3 biji lemon dapat lebih kurang 1/2 cawanlah jus dia)
  • 1/8 sudu kecil garam
Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan dalam food processor atau blender.

2. Kisar sampai benar2 hancur segala benda dalam tu.

3. Tuangkan ke dalam sauce pan atau periuk, masakkan atas api perlahan.

3. Sentiasa kacau campuran tadi selama 10 minit. 

4. Bila kita gariskan tangan pada spatula and ada garisan yang ditinggalkan, maknanya , lemon curd tu dah sedia.

5. Kalau ada ketul2, tapis .

6. Biarkan sejuk  ke suhu bilik dahulu sebelum masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Kalau peti ais elok, biasanya tahan sampai sebulan.

No comments:

Post a Comment