Mula-mula untuk buat pizza ni, kita mesti sediakan sos sebagai base pizza ni. Untuk buat base sauce ni, kerja dia agak complicated skit sebab ia memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang sejam. Tapi yang bagusnye, resepi ini ada lebihan sos yang boleh digunakan untuk lain kali. Feel free to increase the amount of the ingredients. Kalau rasa nak makan pizza tiap2 hari gandakanlah sebanyak mungkin.
- 1 biji bawang holland/ bawang besar (Di cincang)
- 6 biji tomato saiz sederhana ( potong dadu)
- 1 biji capsicum/ 3 biji lada besar/3 biji cili kecik/ mana2 campuran lada kegemaran ( buang biji ,cincang halus-halus)(kalau nak lebih sedap, panggang dulu lada ni sampaikulit dia hangus, buang kulit yang hangus tu skali ngan biji2 dia, pastu cincang)
- 2 butir bawang putih(cincang)
- 1 sdk daun basil kering(dreid basil)
- 1 sdk daun oregano kering (dried oregano)
- 1 sdk gula perang/ gula merah/gula kabung/guna gula biasa sudah kalau takde sangat gula yang pelik2 tu
- 3 sdb tomato puree/sos tomato
- 2-3 sdb minyak zaitun.atau minyak sawit(utk menumis)
Cara-cara
- Atas api yang sedang, tumis bawang holland tadi sampai jadi agak2 lutsinar
- Pastu masukkan bawang putih , kasi naik bau skit
- Kemudian masukkan tomato, tumis 2-3 minit
- Pastu masukkan bahan2 yang lain dan reneh sos tu atas api perlahan selama 30 minit (kacau sekali-sekala)
- Sedia utk digunakan. Boleh simpan dalam tupperware kalau nak guna lain kali .Tahan dalam peti sejuk 2-3 minggu
Dah siap buat sos bagai tu, kita boleh buat roti dia pula.
Doh Pizza (cukup utk sebiji pizza saiz 12 inci)
- 2 cawan tepung
- 3 sdk gula
- 1 sdb minyak zaitun etra virgin utk rasa itali tu/ minyak sawit pun boley
- 150 ml air paip/ air mineral evian/ air gau/ atau apa2 air putih yang ada kat rumah
- 1/2 sd teh yis kering
Cara-cara
- Campur semua bahan sampai doh tak melekat kat tangan. Tambah tepung skit2 kalau rasa melekat sangat.
- Pastu uli 2-3 minit, dan bulatkan doh tu.
- Letak dalam bekas bertutup dan tapa 30minit -1 jam sampai kembang 2 kali ganda di tempat panas.(masa utk doh tu bertapa bergantung kepada suhu persekitaran,kalau kat rumah tu tengah summer, cepatlah dia naik, tapi kalau biasa2 je, masa tu lebih kurang yang dinyatakan tadi)
- Sementara doh siap, sediakan bahan2 untuk topping.
- Setelah kembang, panaskan oven 220 darjah celcius
- Canai doh tu guna rolling pin atau tarik je ngan tangan sampai jadi bulat. Letakkan atas talam pembakar.
- Sapu base sos yang dah dibuat tadi, atau semalam, atau bila2 sebelumnya. Tabur topping kegemaran
- Bakar pada dalam oven yang dipanaskan tadi selama 12-15 minit. Pastikan pizza tu diletak, betul2 di bahagian tengah oven.
- Keluarkan dari oven, makan panas2.
*kalau rasa pizza tu mengada-ngada besar sangat, doh tu boleh bahagi dua dan akan dapat 2 pizza saiz 8 inci
* untuk pizza yang saya buat dalam gambar ni,untuk topping, saya menggunakan cendawan butang segar(dihiris sederhana kasar),ayam panggang bahagian dada(dihiris kasar) dan campuran keju mozarella dan camembert. Memandang WE ARE IN FREE COUNTRY, SO THE TOPPING IS COMPLETELY YOURS TO CHOOSE. Be creative.
No comments:
Post a Comment