Bila dah takde kerja nak buat, mulalah gatal tangan nak tengok apa resepi yg ngah hot orang nak wat sekarang.Cari punya cari, bila tengok, sekarang ni orang tengah sibuk dok nak mencoba wat pavlova
Kemudian, trylah usha2 kat You Tube try cari resepi mana yang paling simple nak buat. Bila buka You Tube memang banyak variety pilihan resepi tapi yang dicari adalah yang paling mudah dan yakin akan jadi. Jadi bila balik Kampung tu try lah buat satu Alhamdulillah jadi...Tapi tak sempat nak tangkap gambar sebab tak bawak kamera
Jadi bila balik KL semula adalah peluang nak tangkap gambar dan tu pun pakai kamera pinjam. Pinjam pun pinjamlah janaji boleh tangkap gambar. Jadi, apa yang dibuat adalah , membuat pavlova for the second time
Resepi
- 4 biji telur putih gred A atau B
- 1 cawan gula kastor
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu besar cuka
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu kecil cream of tartar/ kalau takde guna garam
Cara-cara
- Pukul putih telur bersama cream of tartar/garam dengan mixer sambil masukkan gula secara perlahan-lahan
- Pukul sampai stiff peak seperti gambar dibawah
3. Pastu, masukkan cuka, esen vanilla dan tepung jagung, putar sampai sebati.
4. Sediakan kertas pembakar beserta ukuran bulatan 8 inci seperti gambar dibawah
5. Kemudian, tepekkan adunan pavlova tadi atas kertas pembakar tadi dan ratakan sampai jadi bulat
6. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 150 darjah celcius. Sejurus anda masukkan pavlova tadi, terus turunkan suhu kepada 130 darjah dan bakar selama 1 jam
7. Bila dah masak, biarkan dalam oven sampai betul2 sejuk.
8. Kemudian bila dah betul2 sejuk, terbalikkan, dan boleh sapu heavy cream yang dah diputar dan atas tu boleh lah letak apa2 buahan kegemaran yg agak masam. Lagi sedap kalau letak buah markisa
DAH SIAP...
Rangup di luar lembut kat dalam |